Thursday, October 18, 2012

Retrospeksi: GEMPAK UMP yang Mengemparkan


1. Mungkin ada sebilangan kecil mahasiswa Universiti Malaysia Pahang yang  masih  lagi terpahat di memori mereka  berkaitan nama GEMPAK UMP atau turut dikenali  dengan nama Gerakan Mahasiswa Penggesa  Air Kampus yang merupakan satu jawatankuasa bertindak yang dibentuk antara MPP UMP sesi 11/12 berkolaborasi bersama MECHAPRO, EEES, SMACH & PEKA 5 yang bergerak atas matlamat untuk menyelesaikan krisis gangguan air  di kampus UMP Pekan suatu masa dahulu.

2. Setelah hampir menjangkau setahun isu ini berlalu alhamdulillah berkat usaha keras & izin dariNYA segala gerak kerja yang dicurahkan secara kolektif ini berjaya membuahkan hasil. Untuk makluman sehingga kini  tiada lagi kedengaran rungutan mahasiswa berhubung dengan gangguan air yang berlaku didalam kampus UMP Pekan, namun sebaliknya perkara menarik yang berlaku adalah aduan/rungutan gangguan  air yang dialami oleh sahabat-sahabat mahasiswa yang menginap di luar kampus sehingga ada sebilangan mahasiswa masuk ke dalam kampus untuk mendapatkan sumber bekalan air/melakukan urusan rutin peribadi seperti mandi,basuh baju dan sebagainya.

3. Untuk makluman, secara tidak rasmi maklumat daripada pihak JPPH yang saya perolehi bahawa projek perpaipan saluran air yang bertujuan untuk membesarkan saluran  air terus ke UMP Pekan dijangka siap sekitar bulan mei tahun hadapan, satu berita yang pada perkiraan saya cukup menggembirakan barisan pendukung-pendukung yang konsisten berjuang/berhempas-pulas untuk menangani isu ini, mahasiswa UMP Pekan & masyarakat setempat mandapat manfaat yang sama secara tidak langsung. 

4. Suka untuk saya kongsikan serba sedikit imbauan kembali catatan lalu agar kita benar-benar memahami situasi sebenar yang berlaku berkaitan isu krisis gangguan air  di UMP Pekan. Secara umum krisis ini bermula bilamana berlaku migrasi/perpindahan dalam skala besar mahasiswa ke kampus UMP Pekan awal semester bagi sesi akademik tahun 2011 yang populasi kasar mahasiswa yang menduduki kolej kediaman 5 sekitar 2000 orang.Permintaan yang  bertambah secara drastik mengakibatkan gangguan bekalan air yang sering kali berlaku. Tekanan yang dihadapi semasa peperikaan akhir semesta ditambah dengan gangguan bekalan air cukup menyulitkan rutin kehidupan disini. Air merupakan keperluan asas manusia, krisis yang berlanjutan cukup melelahkan segenap warga kampus, pengoperasian kafeteria yang terganggu terpaksa memendekkan masa urus niaga menambah kesengsaraan mahasiswa akibat kesukaran mendapatkan makanan.

5. Isu ini merupakan isu yang cukup kompleks untuk diselesaikan kerana isu ini merupakan luar bidang kuasa MPP &pihak Pengurusan Universiti. berikut adalah beberapa usaha yang telah dijalankan oleh MPP UMP sesi 11/12 bersama team GEMPAK UMP :

1.  Kunjungan Hormat ke Kediaman Rasmi Naib Canselor
1. Himpunan Aman Mahasiswa UMP Pekan  (HAMUMPP’ 11)- serahan memorandum kepada Naib Canselor
2. Aduan kepada pihak JPPH & Pengurusan Kolej Kediaman
3. Pemakluman kepada Pengurusan Tertinggi Universiti (NC & PNC HEPA)
4. Pemakluman kepada MB PAHANG – sistem pesanan ringkas (SMS)
5. Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Mahasiswa – Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK)
6. Malam Interaksi Mahasiswa Bersama Pengurusan Universiti
7. Surat Aduan kepada PM, MB & Pengarah JBA PAHANG
8. Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar UMP Pekan – JHEPA
9. Kenyataan Media Arus Perdana
9. Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar – Ahli  Senat Universiti
10. Kempen Hargailah Air

 6. Saya lampirkan beberapa siri kenyataan media arus perdana yang pernah dikeluarkan bagi menangani isu ini:

 
7. Secara kesimpulan, saya cukup bergembira kerana segala penat-lelah/usaha yang telah kami (GEMPAK UMP) jalankan telah membuahkan hasil sepertimana dihasratkan, walaupun wujud kata-kata sinis/nakal yang memperlekeh/memperkecil usaha yang telah kami lakukan, tetapi hari ini alhamdulillah dengan izinNYA telah terbukti & terlakar dalam sejarah UMP Pekan bahawa berkat gerak kerja secara jama'ie/kolektif yang dijalankan yang digerakkan dengan penuh rasa tanggungjawab untuk membantu/mempertahankan hak & kebajikan mahasiswa telah disempurnakan dengan jayanya. Terima kasih saya dedikasikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menangani isu ini, kerana kalian telah membuktikan bahawa Suara Mahasiswa Suara Keramat !

Pekan POWER x3!

Muhamad Fazli Bin Abd Halim
 Pengerusi Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK UMP)


No comments:

Post a Comment