Wednesday, September 19, 2012

PRK & MASA DEPAN POLITIK MALAYSIA


1.  Pada masa kini, kebanyakan kampus sedang sibuk mengadakan pilihanraya kampus/pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa bagi melantik/memilih calon-calon yang bakal memimpin/menerajui suara mahasiswa di dalam sesebuah kampus/universiti.

2. Saya berpengalaman melalui proses tersebut, dimulai dengan proses penamaan calon, sesi penyampaian manifesto, berkempen untuk meraih undi sehingga ke saat berlangsungnya hari pembuangan undi yang menjadi saat mendebarkan penentu kalah menang seseorang calon yang bertanding.Pengalaman yang dilalui itulah menjadi harta yang paling berharga bagi saya untuk meneruskan liku-liku kehidupan pada masa mendatang.

3.  Namun, berdasarkan pengalaman/pemerhatian/pengamatan saya sepanjang terjun/menceburi bidang/medan politik kampus ini, muncul beberapa perkara yang berlegar dibenak pemikiran, saya tidak fikir yang Pilihanraya Kampus/Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa pada masa kini benar-benar berjaya mencapai matlamat/objektif kewujudannya dalam usaha untuk mendidik/memberi pendedahan praktis pendidikan politik sebenar kepada warga cerdik pandai/kumpulan/komuniti terpelajar disamping merekrut/mencetak bakal-bakal pemimpin yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara kelak.

4. Pendekatan/pembawaan konsep budaya politik 'MENDIDIK'  tidak pernah wujud dikampus, BUKANKAH melakukan kesalahan itu merupakan salah satu daripada proses pembelajaran. Budaya suka MENGHUKUM terus bermaharajalela & berleluasa dalam budaya politik kampus. Budaya sebegini perlu dimansuhkan dengan menampilkan gagasan baru yakni budaya politik MENDIDIK.  Sekiranya berlaku sebarang kesalahan/kesilapan, bukankah pendekatan memberi teguran/nasihat/bimbingan itu jauh lebih baik.

5. Secara peribadi saya meletakkan bahawa budaya politik kampus masa kini direncanakan dengan mengunapakai konsep politik pecah & perintah, wujud pelbagai blok-blok politik mahasiswa yang bertindak seperti parti politik didalam kampus, pada perkiraan saya gagasan idea ini banyak merugikan daripada menguntungkan mahasiswa, modus operandi yang digunapakai adalah kumpulan/blok/entiti mana yang dominan maka kumpulan itu yang akan berjaya membentuk kabinet/kerajaan mahasiswa, manakala yang menjadi suara minoriti walaupun diberi kepercayaan/mandat tetapi akibat berbeza fikrah/ideologi/jalur/aliran pemikiran, hak untuk mereka merencanakan manifesto terus dinafi/diabaikan lebih parah lagi apabila pihak pengurusan universiti mengamalkan polisi yang double standard kepada mana-mana blok/entiti yang dilihat tidak sealiran/menepati citarasa pengurusan. Hal ini juga wajar ditafsir/diterjemahkan kembali apakah  fungsi/peranan sebenar pihak pengurusan, sewajarnya mereka bertindak/berfungsi sebagai pemudah cara bukan menyulitkan/menyusahkan wakil mahasiswa yang telah diberi mandat/kepercayaan untuk menjalankan tugasan mereka. Pihak pengurusan universiti sewajarnya bertindak secara profesional & menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab serta beretika.

6. Pada pengamatan saya budaya politik kampus sedia ada sudah tidak releven pada masa kini dan sudah terbukti gagal memberi gambaran/makna konsep demokrasi sebenar yang menjadi tunjang sistem pemerintahan negara  kepada kebanyakan komuniti terpelajar. Oleh itu, perlunya satu bentuk gerakan tajdid/pembaharuan/penambahbaikan untuk mencorak/melakar kembali dengan menampilkan idea-idea baru yang lebih segar dengan mengambil kira tuntutan/keperluan/persekitaran masa kini demi kemaslahatan pada masa hadapan.

7. Keadaan yang sepatutnya berlaku adalah budaya politik kampus yang sepatutnya mencorak budaya politik luar, tetapi realiti yang berlaku masa kini budaya politik luar yang mencorak budaya politik kampus.  Disinilah sepatutnya medan untuk memberi ruang/peluang cerdik pandai masyarakat/ummat mempraktiskan idea model politik baru yang akhirnya menjadi sumber rujukan/panduan masyarakat luar.Orang cerdik pandai yang sepatutnya mencorak suasana/keadaan bukan kita yang dicorakkan.

8. Sekiranya tiada usaha serius untuk menangani perkara ini, maka implikasi jangka panjang adalah MALAYSIA akan terus rigid/statik/beku/kaku dengan model politik pada masa kini yang penuh dengan kebencian/caci-maki/fitnah/hasad-dengki yang terus membenarkan tanggapan awam bahawa politik itu adalah satu perkara yang sangat kotor & menjijikan dan kita terus kekal mewarisi tradisi politik yang memusnah bukan politik yang membina.

Muhamad Fazli Bin Abd Halim
Aktivis Mahasiswa UMP

No comments:

Post a Comment