Wednesday, September 19, 2012

Perutusan Akhir YDP MPPUMP Sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki kekuasaan Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W penghulu sekalian nabi & anbia.

Minggu ini adalah minggu terakhir saya bergelar sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang, pelbagai pengalaman pahit manis yang telah dilalui, tetapi semua itu adalah pengalaman yang cukup berharga yang mematangkan saya dan pelbagai pengajaran yang telah perolehi/pelajari melalui partisipasi sebagai pimpinan mahasiswa.

Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua teman-teman sekepimpinan MPPUMP sesi 2011/2012 yang sungguh komited dalam menjalankan tugas & amanah bagi bersama-sama dalam keadaan susah mahupun senang mengharungi kehidupan sebagai pimpinan mahasiswa, semoga hubungan kita terus berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Tidak dilupakan juga kepada seluruh pihak pengurusan, barisan pimpinan mahasiswa & mahasiswa UMP khususnya yang telah memberi kerjasama yang baik dalam mempermudahkan urusan kami dalam menjalankan tugasan sebagai pimpinan mahasiswa.
Saya mewakili seluruh barisan MPPUMP sesi 2011/2012 ingin memohon maaf atas segala kelemahan & kekurangan kami dalam menjalankan amanah ini. 

Sesungguhnya kami telah berusaha sebaik dan semampu mungkin untuk memenuhi segala tuntutan, rungutan mahasiswa/i sekalian dalam memastikan hak & kebajikan mahasiswa terus terpelihara dan terjamin demi manfaat kita bersama.

Saya mendoakan agar barisan MPP yang akan diberi mandat/terpilih pada masa hadapan dapat melakukan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah kami lakukan. Akhir kata terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu/membimbing kami terutamanya Prof Dato' Dr Daing Nasir Ibrahim (NC UMP), Prof Dr Yuserrie Zainuddin (PNC HEPA), En Abdul Shukur Ishak (Timb. Pendaftar JHEPA), En Saiful Bahri Ahmad Bakarim (Penasihat MPP) dan semua pihak yang telah membantu.


Sesungguhnya tugas menjadi seorang pemimpin itu bukanlah suatu perkara yang mudah, sebagai peringatan/nasihat kepada bakal-bakal calon MPP yang berhasrat untuk bertanding, semoga kalian bersabar dalam menghadapi segala cabaran,serta liku-liku sebagai pimpinan mahasiswa, dan yang paling utama anda perlulah meletakkan kepentingan mahasiswa sebagai prioriti utama anda, kerana mereka anda dipilih dan diberi kepercayaan, usah sesekali mengkhianati amanah yang telah mereka berikan.

Sekian,

'Dengan Hikmah Kami Memimpin Dengan Hikmah Mahasiswa Dipimpin'


‘We are Proud To Be UMPians’


Muhamad Fazli Bin Abd Halim
Mantan YDP,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Malaysia Pahang,
Sesi 2011/2012


FB: Fazli Halim
H/p No: 0135943438

No comments:

Post a Comment