Wednesday, September 30, 2009

AKU DIBIUS CINTA....

Cinta....? cinta, suatu perasaan yang sukar digambarkan melalaui kata -kata. Ia hanya dapat dinikmatai secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetepi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda, tandanya slah satu nikmat Allah telah tercabut daripada anda, sedangkan cinta adalah nikmat yang teragung Alllah terhadap hambaNya.
Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhkis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan. Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulallah s.a.w bersabda " sesunguhnya Alllah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; mana- mana orang yang saling mencintai kerana keagunganku? hari ini aku naungi mereka, dimana tidak ada naungan yang lain selain naunganku. Iktibarlah dari keutuhan cinta ini, ia kekal abadi & suci.
Cinta Allah yang Maha Pencipta itu tidak memilih sesiapa, rupa, gaya, & bagaimana keadaannya. Cintanya boleh direbut oleh sesiapa sahaja. Cinta yang tidak pernah luput walu sesaat malah terus berkekalan. Bandingkanlah dengan cinta manusia yang biasanya bermusim & ada batasnya.Sewaktu disenngai dicitai apabila jemu @ benci "selamat tinggal" hadiahnya.
Namun begitu dalam hidup setiap manusia pastinya ingin disayangi & menyayangi, itulah fitrah semulajadi insani namun ramai diantara kamu tewas kerana cinta.... bercinta tidak salah tetapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama & kerana cinta maruah tergadai.
Ketahuilah... gejala murtad serta keruntuhan moral muda - mudi sebahagian besrnya kerana sebuah cinta.. banarlah kata -kata "cinta itu buta" cinta itu mampu membutakan mata& hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nfsu & tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta ... cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simboli, yang berasal dari setitik air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakn oleh Allah..semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan & kehebatan terhadapnya & timbul rasa cinta & kasih pada penciptaMu..
Mencintai ALLh dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki & abadi kerana hati yang pecah & retak apabila diberika kepada makhluk pastinya akan bertambah retak & terburai tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali...
Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal & mampu membina sahsiahmu sesungguhnya ilmu itu cahaya & ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat."Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuat seseorang itu gagal,kecewa,menderita & tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan & kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri" kata - kata Rabiatul Adawiah.
Namun cinta mampu menjadi motivasi terbaik bagi manusia. Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasi manusia kecuali rasa cinta & bahagia. dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagia lembah kelihatan cetek untuk dituruni.
Bercintalah sehebat manapun, selagi tidak membuahkan kebodohan sebagaimana Laila terhadap Majnun, serta pasangan Romeo & Juliet. Cinta ibarat chaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita, tidak perlu berkorban kehormatan demi cinta kerana cinta yang benar - benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa , beriman malah berperibadi mulia. Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan & persefahamn yang berpanjangan.

No comments:

Post a Comment