Wednesday, July 22, 2009

Belia Cemerlang, Ummah Gemilang

"Berikan aku 10 belia waja nescaya akanku gegarkan dunia" demikian kata- kata daripada soekarno presiden Republik Indonesia. belia, beliawanis, pemuda pemudi merupakan satu golongan manusia yang sering kali dikaitkan dengan pandangan - pandangan yang negatif dewasa ini, gejala sosial yang negatif semakin membarah dalam kalangan remaja pada masa kini. Penglibatan mereka dengan aktivti tidak berfaedah seperti merokok, merempet, dadah, dan sebagainya menyebabkan golongan ini dipandang serong oleh segenap lapisan masyarakat. Walaubagaimanapun, kita kene sedar bahawa didalam diri setiap belia terdapat suatu kuasa yang Maha Dahsyat sekiranya digilap dengan sewajarnya. Sejarah membuktikan bahawa golongan ini banyak melakar sejarah dunia yang hebat contohnya sejarah Sultan Muhammad Al Fateh, yang pada ketika itu berjaya menawan kota Constantinopple sewaktu beliau berumur 18 tahun.

No comments:

Post a Comment